Bandar Selamat/Safe City

Saturday 16 July 2011

'Bandar selamat' merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Perancang Bandar Dan Desa/Wilayah dengan kerjasama Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Pengertian 'bandar selamat' bermaksud sebuah bandar yang selamat daripada segala kejadian yang boleh menganggu gugat keselamatan awam. Persekitaran setempat juga sentiasa terpelihara daripada ancaman terutamanya jenayah. Pada masa kini, skop bandar selamat semakin diperluaskan dengan mengambil kira kawasan perumahan dan tidak terhad kepada kawasan bandar sahaja. Oleh hal yang demikian, pada kali ini penulis ingin berkongsi pendapat dengan penulis-penulis blog yang lain berhubung isu-isu semasa 'bandar selamat' yang kian mendapat sambutan terutamanya di kalangan pihak berkuasa tempatan (PBT).

0 comments:

Post a Comment